Saturday, May 1, 2010

Dari Jalan Barat kepada Jalan Dr. V. David

Jalan Dr. V. David...Itulah nama yang sekian lama mahu dimasukkan bagi menggantikan nama Jalan Barat. Terdapat ramai yang membantah perubahan nama tersebut kerana ia akan menambahkan kekeliruan yang sekian lama orang kenali sebagai Jalan Barat. Kenapa harus dipolitikkan nama jalan sedangkan selama ini nama tersebut sudah cukup dikenali oleh orang Kuala Lumpur dan orang luar. Dalam hati UMNORS, ada juga terdetik mengatakan 'ini ke caranya mainan mereka bagi berkempen dalam membuatkan orang mengenali tokoh politik pembangkang'. Mungkin juga sebab tak mustahil jika mereka mempunyai hak keatas pendidikan negeri, mungkin nama-nama tokoh pejuang Malaysia didalam buku teks akan ditukar kepada nama tokoh parti mereka. UMNORS dah lama faham dengan cara permainan kotor mereka. Masih lagi dalam ingatan UMNORS bila tulisan jawi pada papan tanda jalan Pulau Pinang ingin dihapuskan oleh puak DAP sebaik sahaja mereka merampas negeri tersebut. Nasib baik Perak sempat dirampas semula, kalau tidak habis orang melayu, tulisan melayu dan masjid jadi mangsa mereka. Alhamdulillah, Allah takkan biarkan hambanya dizalimi oleh orang kafir.

Berbalik semula kepada isu Jalan Barat, apa yang UMNORS harapkan ialah pembelaan terhadap jalan tersebut dari menjadi mangsa Bangsa Pembangkang yang mahu mempolitikkannya. Semoga Barisan nasional akan dapat menakluk semula selangor, Pulau Pinang,Kedah dan mengekalkan Perak dibawahnya. UMNORS juga berdoa semoga Kelantan akan didakap oleh Barisan nasional bagi merasai pembangunan dari Kerajaan Pusat...Amin.


*UMNORS: Teringat kawan2 UMNORS yang kena kejar parang pada pukul 2 pagi semasa menggantung poster oleh penyangak dari PKR.

No comments: